Inilah yang seronoknya kalau saya bertemu Ustaz Badur. Ada saja cerita yang hendak dicakapkan kepada saya. Dia memang kaya dengan pengalaman, malah pernah kena tahan oleh British sebelum merdeka dulu kerana penglibatannya dalam gerakan Islam, tetapi pihak British menuduhnya sebagai puak pelampau. Lama juga dia ditahan di Melaka, sebelum dipindahkan ke Morib.
Dalam masa dahinya masih lebam-lebam akibat kemalangan jalanraya itu, dia masih bersemangat mahu menceritakan dengan saya mengenai pengalamannya yang lain.
"Ustaz nak cakap fasal kena tahan dulu?" tanya saya mengusiknya.
"Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu" dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu.
Kadangkala dia memang enggan menceritakan balik kisah semasa ditahan di khemah tahanan dulu. Ketika itu mereka tidaklah menerima layanan yang sempurna, makan pun diberi nasi kawah. Kekotoran tahanan dalam khemah terpaksa dibersihkan sendiri, kalau tidak semua kawasan akan berbau busuk dengan najis. Dia banyak mengenali tokoh-tokoh utama utama yang sama ditahan dulu, tetapi enggan memberitahu sama ada tokoh-tokoh itu mengenali dia.
“Saya orang kecil, Ustaz. Mana dia orang nak kenal” katanya mengukir senyum. Saya tahu Ustaz Badur memang suka merendah diri.
Ceritanya yang dikatakan oleh Ustaz Badur lebih pelik dari cerita dia terbabas kereta kerana terserempak perempuan berpakaian serba putih di Tanjung Malim. Itu berlaku dalam tahun 1976.
Ketika ini dia mendapat tahu kawannya yang tinggal di Puchong telah meninggal dunia di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Kawannya itu, Salihin sudah lama menderita sakit. Sudah dua minggu Salihin terlantar di hospital kerana mengidap sakit barah perut.
Disebabkan Puchong adalah jauh, jadi Ustaz Badurlah yang diharapkan oleh isteri Salihin. Manakal Ustaz Badur pula tidaklah keberatan menolong kawannya ini, apalagi dalam masa kesusahan sedemikian.
“Saya ini teruk sangat sakitnya, Ustaz” beritahu Salihin terketar-ketar sewaktu staz Badur melawatnya pada jam 2 petang. Nafas Salihin juga kencang turunnaik, tetapi dia begitu tabah menahan kesakitan yang menyeksa.
“Jangan banyak fikir Lihin,” kata Ustaz Badur menahan kesedihan kerana ketika ini Salihin juga ada di sisinya. “Awak ingat awak sakit aje sudah, yang lain biar kita semua usahakan” dia mengingatkan kawanya itu supaya bersabar.
“Disini Ustaz samalah macam keluarga kami,” Salihin tersenguh-sengguh terharu kerana budi Ustaz Badur kepadanya terlalu banyak semenjak 2 minggu dia dimasukkan ke Hospital. Selama itu memang Ustaz Badur suami isterlah yang mengambil berat terhadap dirinya.
Sudah menjadi perangai Ustaz Badur pula, apabila berkawan dia sanggup bersusah payah membantu apabila kawannya menghadapi kesulitan.Bagi Mak Seha sikap suaminya ini memang sudah difahaminya sejak muda lagi. Sebab itu dia juga turut sama bersusah payah membantu keluarga Salihin.
Disebabkan dia ada kereta jadi senanglah dia mengulangi Salihin di hospital, dan sekiranya isteri Salihin mahu mandi atau berihat, maka akan dibawanya ke rumahnya. Semu jasa baik Ustaz Badur ini sangat menambat hati Salihin, kerana saudara maranya sendiri tidak seperti Ustaz Badur.
“Kalau Uustaz banyak kerja di kedai, tak payahlah susah-susah jenguk saya” Ujar Salihin lagi.
“His, jangan banyak ingat Lihin. Awak tu sakit...” Ustaz Badur memarahinya, kerana dia tidak meminta jasa baiknya dibalas orang. Dia hanya menolong Salihin bukan saja disebabkan kawan tetapi makhluk Allah yang memerlukan pertolongan..
Ketika dia balik meninggalkan Salihin, kira-kira pukul 3,00 petang, kawannya itu kelihatan riang, walaupun menderita sakit. Dia tahu Salihin terlalu tabah menahan kesakitan yang dideritainya.Salihin seolah-olah menyembunyikan kesakitannya untuk menggambarkan kegembiraan dengan jasa baik yang dicurahkan oleh Ustaz Badur selama ini.
“Saya balik dulu Lihin, nanti malam datang pulak” beritahu Ustaz Badur.
Dia berdoa biarlah Lihin, nanti cepat sembuh. Penyakit barah memang lah merbahaya, tetapi dokter memberi jaminan penyakit Salihin masih boleh diselamatkan. Malah Salihin juga sudah kelihatan lebih segar kalau dibandingkan dengan sewaktu dia dimasukkan ke hospital dulu. Pembedahan yang dijalankan ke atasnya juga memuaskan hati dokter.
Kira-kira pukul 6.00 petnag Ustaz Badur diberitahu oleh isteri Salihin bahawa suaminya telah meninggal dunia. Jadi, terpaksalah dia meminta Ustaz Badur menguruskanhendak membawa jenazah itu balik ke Puchong. Mendengarkan kawannya sudah meninggal dunia, memang Ustaz Badur rusuh juga disebabkan isteri Salihin bukanlah tahu sangat apa yang perlu dibuat.
Lebih kurang pukul 6.00 petang Ustaz Badur sampai ke hospital, jenazah sudah dimasukkan ke mortuary (rumah mayat). Isteri Salihin hanya menangis saja di kantin kerana tidak tahu apa lagi harus dibuat. Dia hanya menunggu kedatangan Ustaz Badur. Kepada Ustaz Badur sajalah diserahkan semua urusan untuk membawa jenazah suaminya balik ke Puchong.
Tidak lama kemudian barulah adik Salihin dari Sungai Besar datang, setelah dibertitahu oleh Ustaz Badur melalui telefon. Mujurlah Kahar adik Salihin cepat mendapat berita dan terus saja datang ke Kuala Lumpur. Dengan adanya Kahar waris terdekat Salihin, urusan untuk membawa balik jenazah lebih mudah. Disamping itu anak-anak Salihin juga sudah diberitahu oleh Kahar.
Salihin pun hanya mempunyai dua orang anak perempuan saja. Masing-masing sudah mengikut suaminya. Semasa Salihin sakit mereka tidaklah dapat berulang ke hospital, tetapi menjaga rumah Salihin di Puchong. Lagi pun mereka mempunyai anak-anak yang kecil, menjadi kesulitan pula untuk membawa budak-budak itu menziarahi datuknya.
Oleh itu mereka biarkan emaknya saja menjaga Salihin di hospital. Sementara Ustaz Badur yang memahami kesulitan keluarga berkenaan bersedia pula memberikan jasa baktinya menolong sesama insan. Sehingga jam 8.30 malam barulah Ustaz Badur bersama Kahar dapat menguruskan untuk membawa balik jenazah Salihin ke Puchong.
Setelah dokter mengesahkan, Salihin meninggal dunia, jenazahnya pun dihantar ke mortuari (rumah mayat). Semasa mereka mengambil jenazah Salihin di mortuary, kedua-dua menantu Salihin pun sampai, ini memudahkan lagi kerja mereka. Aakop menantu Salihin yang tua disuruh memandu kereta Ustaz Badur dengan membawa isteri Salihin da Mak Seha menemankannya.
Sementara Rasul menantunya yang muda bersama-sama Ustaz Badur dan Kahar membawa jenazah dengan kereta yang diberi oleh pihak hospital.
“Terima kasihlahUstaz, jasa Ustaz tak dapat kami bayar dengan emas ringgit’” isteri Salihin tersengguk-sengguk menangis apabila jenazah suaminya dibawa masuk dalam kereta jenazah.
“Jangan menangis Cik Som, kita selesaikan dulu Salihin ni. Lepas tu baru nak cakap apa pun” sahut ustaz Badur sambil menolak Salihin masuk ke kereta jenazah.
Mak Seha juga menarik Som ke dalam kereta supaya dia tidak berlautan menangis. Memang Som terasa sedihnya bukan kerana kematian Salihin, tetapi sejak dua minggu Salihin dimasukkan ke hospital, saudara mara yang lain tidak dapat melawat. Sebaliknya Ustaz Badur yang hanya kawan suaminya sanggup berulang alik mengambil berat tentang diri suaminya di hospital. Sampailah Salihin meninggal dunia, Ustaz Badurlah tidak kenal penat lelah membantu.
Akob membawa kereta Ustaz Badur balik dahulu ke Puchong. Dia tidak dapat mengulangi bapa mertuanya di hospital selama ini kerana bekerja sebagai pemandu kereta membawa lori JKR, tentulah sukar mendapat cuti lama-lama. Itu pun dia sudah menyuruh isterinya menjaga rumah mertuanya.
Selepas semuanya siap, mereka pun membawa jenazah Salihin balik. Kaha dan Ustaz Badur duduk dibelakang bersama jenazah. Manakala Rasul menantu Salihin duduk dihadapan.
“Alhamdulillah, selamat semuanya” kata Ustaz Badur memandang Kahar.
Kahar mengangguk. Dia juga merasa lega kerana masaalah di hospital sudah dapat diselesaikan dengan bantua Ustaz Badur. Kadangkala untuk mendapatkan kereta mayat bukanlah mudah,, kalau tidak tahu bagamana caranya. Ustaz Badur dapat menguruskan kerana dia juga mengenali beberapa orang pegawai di hospital berkenaan.
“Esoklah kita kebumikan” beritahu Kamar lemah.
“ Malam ni tak sempat, lagipun dah pukul 8.30” ujarnya sambil melihat jam di tangan.
“Ialah, eloklah besok saja” sambut Ustaz Badur.
Sekali sekala Kahar mengerling ke arah jenazah abangnya yang terbujur kaku, tetapi kadang-kala bergerak-gerak juga mengikut gegaran kereta berlari kencang. Dia tidak peduliu sangat jenazah itu bergerak dalam keadaan kereta laju.
Apabila masuk ke jalan menuju ke Puchong selepas jalan KLang Lama, Kahar cepat-cepat menepuk bahu Ustaz Badur bila dilihatnya tangan jenazah terkeluar dari selimut yang menyelubunginya. Berdebar juga Ustaz Badur melihat tangan yang terkeluar itu bergerak-gerak. Tetapi dia segera mengingatkan, bahawa gegaran kereta itu yang menyebabkan tangan tersebut bergerak-gerak.
Kahar mula merasa takut, kerana tidak mungkin tangan yang bergerak-gerak itu disebabkan gegaran kereta. Dia mula gelisah. Mukanya jelas gementar kerana jelas tangan itu bukan bergerak disebabkan gegaran kereta. Mustahillah abangnya masih hidup kerana sudah 4 jam dimasukkan ke dalam mortuary yang sejuk seperti peti ais tu.
“Ustaz...” dia memanggil Ustaz Badur.
Ustaz Badur tahu Kahar ketakutan. Oleh itu cepat-cepat dia memegang tangan jenazah yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke bawah selubungnya. Tetapi sebaik saja dia memegang tangan berkenaan, sekali gus tangan itu memagut tangannya pula. Kahar sudah mahu terjun melarikan diri, tetapi segera ditahan oleh Ustaz Badur.
“Hus, nak apa ni?” jerkah Ustaz Badur memberanikan hati. Bagaimana dia tidak lepas dari membaca Ayat Kursi.
“Nak minum, minta air....” sahut Salihin yang sudah meninggal dunia itu cuba mengangkat kepala.
“Tidur dulu, balik ke rumah nanti baru minum” sengaja Ustaz Badur mengeraskan suaranya.
Jenazah Salihin pun diam. Sehingga sampai di rumahnya di Puchong ternyata Salihin masih hidup. Apabila dibawa kerumah terus dia minta air. Satu malam itu menjadi tertanya-tanya bagaimana Salihin yang sudah disahkan mati itu boleh hidup semula. Malah sudah hampir 4 jam dimasukkan ke dalam rumah mayat yang sejuk seperti ais.
Bagaimanapun 11 hari kemudian barulah Salihin meninggal dunia. Sekali lagi doktor mengesahkan bahawa dia benarbenar telah meninggal dunia.
“Itulah kuasa Allah yang lebih besar dari terserempak lembaga berpakaian serba putih itu’ ujar Ustaz Badur tersengih-sengih mengerling ke arah saya.
“Perkara di Tanjung Malam itu perkara kecil pada saya Usraz, tetapi perkara orang yang telah disahkan mati, sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk hampir 4 jam, kemudian hidup semula sehingga 11 hari di rumah lebih besar ertinya, kalau kita mahu memahami akan kebesaran Allah, Inni fizalika liayatin likilli sabansyakur....” keluhnya sambil mengesat pelupuk mata yang mula digenangi air keharuan

No comments:
Post a Comment