Lebih sebulan selepas kejadian itu ianya tetap menakutkan saya. Malah saya jatuh sakit terigau-igau melihat Mak Endut duduk walaupun sudah menjadi mayat. Tetapi setelah Tok Aji mengajak saya bangun setiap tengah malam, melakukan sembahyang tahjud, igauan itu hilang hilang terus dari ingatan saya. Tidak ada apa lagi yang saya takutkan terhadap igauan-igaun yang demikian.
“Endut, jangan kau bangun lagi. Kau kepunyaan Allah, bukan kepunyaan kami’ Tok Aji menamparkan tapak tangannya ke dahi mayat tiga kali. Kemudian dia menyelubungkan, semula mayat tersebut.
Selepas mayat Mak Endut di bujurkan semula, ayah saya pun berhenti berzikir. Bagaimanapun dia sendiri membaca Yassin dan membaca Al_Quran. Kak Jidah yang tercungap-cungap ketakutan mula-mula tadi duduk semula di hujung kaki jenazah emaknya. Dia meneruskan semula membaca Quran. Tok Aji pula menyuruh saya membaca Quran bergilir-gilir dengan kawan-kawan. Walaupun dalam ketakutan, saya membaca juga. Tetapi sekali sekala mata saya tetap mengerling ke arah jenazah yang terbujur, bimbang juga saya kalau-kalau dia bangun semula.
Sampai lah pagi tidak ada lagi kejadian mayat itu bangun semula. Terasa lega hati hati kami kerana tidak ada kejadian buruk yang berlaku semalaman tadi.
Hari siang, ayah saya pun mula menyuruh Mail Lembam ke kubur mengepalai orang menggali kubur. Masing-masing dibahagikan kerja mengikut arahan ayah saya kerana Mak Endut itu sepupu dia. Malah Mail Lembam sendiri iaitu adik Mak Endut menyerahkan tanggung jawap menyempurnakan jenazah itu kepada ayah saya.
Mak Endut meninggal dunia kerana mengidap sakit perut hanya beberapa hari saja. Suaminya sudah lama meninggal dunia sejak Kak Lijah anaknya yang bongsu baru turun buai. Sudah lebih 20 tahun suaminya meninggal dunia. Jadi, Mak Endut sendiri terpaksa menyara anak-anaknya sampai lah Abang Suhur dan Kak Indun berkahwin. Di samping itu dia mengambil upah menganyam tikar. Dia juga boleh mengurut dan membidankan ibu bersalin, tetapi tidaklah secara bersungguh.
Sebab itulah ramai orang mengatakan, tidak mungkin dia menuntut ilmu-ilmu salah sehingga terjadi peristiwa mayatnya bangun semula.
“Serahkan urusan Allah kepada Allah, janganlah kita ambil tahu sangat.” Nasihat Tok Aji apabila ada orang mahu bertanya mengenai kejadian pada malam berkenaan.
“Seingat-ingat saya dia tak ada menuntut ilmu-ilmu salah.....,” keluh ayah saya ketika sama-sama menolong orang membuat usungan.
Memang semua orang mengakui Mak Endut tidak mengamalkan ilmu-ilmu salah. Dia sendiri merupakan orang yang amat taat mengerjakan solat, berbudi bahasa dan tidak pernah menyakiti hati orang. Di samping ramah mesra, dia mudah bercampur gaul terutama kalau ada kenduri kendara di dalam kampung. Semua tahu bahawa Mak Endut sangat disukai oleh orang-orang kampung kerana dia juga bertolak ansur dalam apa-apa pun urusan.
Oleh itu orang percaya tidak mungkin dia memelihara syaitan, samada polong, pelesit atau pun hantu penanggal. Inilah menyebabkan orang tertanya-tanya apakah salahnya Mak Endut sehingga menyebabkan mayatnya bangun setelah dibujurkan. Hanya mayat orang-orang yang mengamalkan ilmu – ilmu salah atau ilmu syaitan saja yang menerima balasan seperti ini.
“Kita tidak akan mengetahui rahsia Allah, kerana Allah mengetahui yang zahir dan yang batin, yang lahir dan yang tersembunyi.” Tok Aji terus mengingatkan orang-orang yang tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa mayat Mak Endut.
Kira-kira pukul 12.00 tengah hari orang-orang menggali kubur memberitahu bahawa kubur sudah disiapkan. Oleh ayah saya pun menyuruhkan orang memandikan mayat. Ketika ini kami terpaksa membawa air dari telaga dan di tampung dengan pasu dan besen besar. Dengan yang demikian sebelum mayat dibawa ke pelantaran, maka kami disuruh dulu memenuhkan air dalam semua bekas tampungan.
Saya ikut juga membawa air dalam baldi. Tetapi disebabkan kami bergotong royong beramai-ramai maka cepatlah semua bekas tampungan air itu dapat dipenuhkan bagi mencukupi untuk memandikan mayat. Nenek saya ditugaskan untuk mengepalai memandikan mayat kerana jenazah perempuan.
Sebaik saja jenazah hendak diangkat ke tempat mandi di pelantaran sekali lagi orangmemekik terkejut, kerana didapati di bawah jenazah itu ada beratus-ratus lipan bara seolah-olah menjadi tilam pula kepada jenazah berkenaan. Malah melihatnya pun sudah geli geleman, bagaimanakah pula mahu menguiskan lipan itu dari bawah tubuhnya?
“Ya Allah, lindungilah hambamu ni” keluh Tok Aji sambilmenampung kedua tangannya.
Semua orang yang melihat keadaan Mak Endut itu, ada yang takut dan ada juga yang kasihan. Apalah dosa Mak Endut sampaikan mayatnya begitu tersiksa. Sudahlah pada sebelah malamnya mayat itu bangun duduk, kemudian apabila nak dimandikan terdapat pula beratus-ratus ekor lipan bara di bawah tubuhnya. Seekor pun tidak mahu lari, walaupun kain penutup mayat sudah dilingkupkan. Lipan-lipan itu kelihatan merayap-rayap dan ada juga mengigit jenazah.
Ayah saya kelihatan marah dengan kejadian tersebut, sementara Tok Aji pula tenang. Air mukanya tetap jernih menghadapi masaalah tersebut.
“Ya Allah sekiranya hamba mu ini bersalah, ampunkanlah dia. Sekiranya hambamu ini dianiaya, maka lepaskanlah ia dari aniaya itu. Kepada engkaulah kami bermohon perlindungan dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan” kata Tok Aji perlahan. Ketika ini air matanya tergenang di pelupuk mata.
Selepas Tok Aji berdoa, dia menyuruh ayah saya membawa air mandi ke situ. “ Kita mandikan saja jenazah ni di disini’ ujarnya.
Mereka semua tidak membantah. Semua air yang sudah ditampung diangkat ke dalam. Tok Aji sendiri memandikan jenazah bersama nenek. Ketika ini sengaja Tok Aji menyelubungkan jenazah, sebelum disiram dengan air.
Tujuh kali Tok Aji menyimbah air ke tubuh jenazah di bawah kain selubung itu, orang ramai melihat asap berkepul naik seperti bara kena siraman air. Apabila dibuka kain selubung itu, kami semua dapat melihat di bawah tubuh Mak Endut bara merah padam disirami air. Lipan-lipan yang berkeliaran tadi, kami lihat sudah menjadi arang.
Tetapi siapa pun tidak berani bertanyakan kepada Tok Aji, kerana sudah menyuruh setiap orang jangan bertanya apa-apa. Dia hanya mengingatkan semua orang supaya ingatkan Allah saja. Berserahlah kepada Allah diatas segala urusannya, kata Tok Aji kepada mereka.
Tidak jadilah jenazah itu dibawa ke pelantaran. Di situ sajalah dimandikan iaitu diatas tilam tempat jenazah dibujurkan. Kawasan tengah rumah menjadi lecah kerana air tidak telus dicelah lantai.
“Nampaknya kau nak mandi di ataas tilam Endut, sebab itu aku mandikan di atas tilam ni” kata Tok Aji menampar pipi Mak Endut.
Bagaimanapun muka Mak Endut tidak apa-apa. Wajahnya kelihatan bersih seperti sedang tidur. Belakangnya yang digigit lipan beratus-ratus ekor tadi juga tidak kelihaytan pun bekas gigitannya. Kulit tubuhnya tetap kelihatan bersih, walaupun ada terdapat lebam-lebam sedikit.
“Apa agaknya masalahnya ni ayah?” tanya ayah saya, kerana dia sajalah yangberani bertanya.
“Urusan kau jaga sendiri, jangan urusan Allah kau nak jaga” ujar Tok Aji macam memarahinya.
Terdiam ayah saya apabila diingatkan oleh Tok Aji demikian. Kalau ayah saya sendiri sudah ditegurnya sudah tentu orang lain tidak berani bertanya kepadanya.
Sampailah jenazah selamat dimandikan tidak ada apa-apa kejadian ganjil yangdilihat. Ketika dikapankan pun tidak ada apa-apa gangguan. Tetapi memang saya melihat sendiri jenazah Mak Endut itu, wajahnya tetap bersih seperti orang sedang tidur. Tubuhnya terdapat lebam-lebam sedikit, itu pun di bahagian betis dan lengannya yang dipenuhi beratus-ratus ekor lipan tidak ada kesan gigitan apa-apa.
Sehinggalah dibawa ke kubur, jenazahnya selamat dikebumikan dengan tidak ada lagi gangguan-gangguan yang mengerikan.

No comments:
Post a Comment